Petugas Kementerian Kesihatan kelihatan membuat bancian serta mengarahkan setiap penghuni rumah perlu membuat saringan Covid-19 setelah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mukim Kapar masuk zon hijau, bebas kes Covid-19

SHAH ALAM, 10 JUN: Mukim Kapar di daerah Klang bebas kes aktif Covid-19 dan tergolong dalam zon hijau selepas tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata momentum cemerlang itu perlu dikekalkan walaupun tiada kes baharu dilaporkan di Selangor sehingga jam 12 tengah hari tadi.

“Hari ini sangat bermakna kerana tiada kes baharu dicatatkan di Selangor. Walau gembira, terus berdisiplin dengan norma baharu. Kita mahu momentum cemerlang berterusan, bukan sekali saja,” katanya menerusi Twitter.

Secara keseluruhan 31 mukim di Selangor diklasifikasikan sebagai zon hijau kerana tidak merekodkan kes aktif, 23 zon kuning dan dua mukim zon merah.

Dua mukim zon merah di Semenyih, Hulu Langat dengan 46 kes aktif dan Labu di Sepang (66).

Walaupun tiada kes baharu buat pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu setakat ini Selangor merekodkan 1,971 kes daripada keseluruhan 8,338 kes di seluruh negara.


Pengarang :