Pengamal media mencuba aktiviti lasak yang disediakan Skytrex Sungai Congkak ketika Program Media Familiarization Trip 2019 Discover Hulu Langat anjuran Tourism Selangor, 5 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tourism Selangor tumpu tonjol lokasi unik belum diketahui

SHAH ALAM, 22 JUN: Keunikan produk pelancongan yang belum diketahui di negeri ini antara fokus Tourism Selangor menarik semula pengunjung selepas sektor itu kembali beroperasi bulan lalu.

Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata antara lokasi tersebut ialah Chong Kok Kopitiam di Klang, Wishing Tree di Sabak Bernam dan Kuil Wat Chetawan di Petaling Jaya.

“Usaha promosi digerakkan secara aktif melalui laman sesawang Selangor.travel serta media sosial. Selain itu, semua pusat pelancongan digalakkan membuat pembersihan menyeluruh supaya pelancong berasa selamat untuk mengunjungi premis mereka,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Berikut beberapa lokasi di setiap daerah yang boleh dikunjungi :

1. Sepang
Avani Sepang Gold Coast
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Litar Antarabangsa Sepang (KLIA)

2. Kuala Langat
Istana Bandar
Bukit Jugra
Pantai Kelanang

3. Kuala Selangor
Kuala Selangor Nature Park
Bukit Malawati
Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Sky Mirror

4. Gombak
Batu Caves
ATV Kemensah
Zoo Negara

5. Hulu Selangor
Empangan Sungai Selangor
Pekan Kuala Kubu Bharu
Paragliding
White Water Rafting

6. Klang
Galeri Diraja
Chong Kok Kopitiam
Pulau Ketam
GM Klang

7. Sabak Bernam
Sawah padi Sekinchan
Wishing Tree
Bahulu Masri
Sekinchan Padi box

8. Kajang
Bukit Broga
Pekan Kajang
Sate Kajang Haji Samuri

9. Petaling Jaya & Subang Jaya
The Curve
Sunway Pyramid
Wat Chetawan Temple
One Utama


Pengarang :