AGENSISELANGOR

Kerja pembaikan paip pecah Rumah Pam Taman Melawati siap

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerja pembaikan paip pecah di Rumah Pam Taman Melawati siap sepenuhnya, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Bagaimanapun, ketua komunikasi korporatnya berkata kerja membaik pulih sistem elektrikal dan mekanikal giat dijalankan dan dijangka siap pada 12 tengah malam esok.

“Bekalan air air akan mula disalurkan kepada pengguna selepas sistem rumah pam tersebut diuji dan selamat untuk dioperasikan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna termasuk menghantar bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terjejas.

Katanya pengguna diminta mengekalkan jarak sosial satu meter dan memakai pelitup muka ketika mengambil bekalan air daripada lori tangki.

Hari ini 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air susulan sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi.


Pengarang :