AGENDANASIONALSELANGOR

Ayuh sertai liga fantasi EPL, peluang menangi RM2,500

SHAH ALAM, 10 SEPT: Peminat bola sepak tanah air dipelawa menyertai Liga Premier Fantasi (FPL) dan berpeluang memenangi hadiah RM2,500 selaku juara.

Pertandingan liga bola sepak fantasi sempena Liga Perdana Inggeris (EPL) dianjurkan dengan inisiatif Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menawarkan hadiah RM500 untuk juara bulanan.

EPL musim 2020/21 bermula Sabtu ini adalah liga bola sepak utama dunia yang mempunyai tradisi tersendiri dengan jumlah penyokong antara teramai termasuk dari Malaysia.

Juara liga musim lalu, Liverpool, salah satu pasukan mencuri tumpuan dan mempunyai kelab penyokong rasmi iaitu All Reds Malaysia.

Penyertaan FPL boleh dibuat dengan menyertakan nama liga: FPL MB Selangor berserta kod: 2j05xz.


Pengarang :