AGENSISELANGOR

Bekalan air di Sepang, Kuala Langat pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 16 SEPT: Gangguan bekalan air tidak berjadual di sembilan kawasan wilayah Sepang dan Kuala Langat ekoran kejadian paip pecah telah pulih sepenuhnya, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya dalam kenyataan memaklumkan mengenai perkembangan positif di Bandar Sri Ehsan berdekatan Masjid KLIA itu yang berdepan masalah sejak semalam dan meminta pengguna menggunakan air secara berhemat.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata Elina Baseri.

Beliau berkata pihaknya menyarankan orang ramai memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau App Store untuk informasi terkini bekalan air serta merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang di www.airselangor.com .


Pengarang :