Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 ketika Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hari kelima Selangor catat kes Covid-19 lebih 700, Petaling kekal tertinggi

SHAH ALAM, 27 APRIL: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor mencatat lebih 700 kes sejak Jumaat lalu, termasuk hari ini 750 kes.

Negeri ini merekodkan 762 kes semalam, 751 kes pada Ahad, 768 kes (Sabtu) dan 748 kes (Jumaat).

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada jumlah kes hari ini, 732 merupakan kes tempatan dan 18 kes melibatkan penjara.

Menurut Facebook rasmi jabatan itu, Petaling kekal daerah dengan kes tertinggi iaitu 263, diikuti Klang dan Gombak (119) serta Hulu Langat (115).

Manakala Sepang merekodkan 42 kes, Kuala Langat (36), Hulu Selangor (32), Sabak Bernam (14) dan Kuala Selangor (10).

Terdapat 752 kes sembuh menjadikan jumlah pulih sebanyak 125,711 orang, sementara dua lagi kematian menjadi jumlahnya 373 orang.

Jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan 2,733 kes hari ini dan Selangor merupakan negeri tertinggi diikuti Kelantan dengan 484 kes.


Pengarang :