Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada warga asing yang hadir tanpa janji temu dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Sementa di Hotel De Palma Shah Alam pada 11 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan menurun kepada 22,262, Selangor naik sedikit

SHAH ALAM, 21 OGOS: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari sebanyak 22,262 kes iaitu mencatatkan penurunan lebih 1,000 berbanding 23,564 semalam.

Menerusi maklumat dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaparkan kes di Selangor pula  naik 37 kes daripada 6,972 kepada 7,011.

Sabah pula turun sedikit berbanding semalam (2,738) dengan 2,651 kes manakala Sarawak mencatat bawah 2,000 kes dengan 1,964.

Negeri dan wilayah merekodkan angka lebih 1,000 kes seperti berikut:

Kedah – 1,880
Johor – 1,558
Pulau Pinang – 1,459
Kuala Lumpur – 1,220
Kelantan – 1,039

Sementara negeri dan wilayah lain dengan kes tiga, dua dan satu angka:

Perak – 946
Melaka – 882
Pahang – 664

Terengganu – 495

Putrajaya – 41
Perlis – 38

Labuan – 9


Pengarang :