PPS Seksyen 16, Shah Alam menerima bantuan 200 pek makanan pada 20 Disember 2021. Foto Twitter Ahmad Azri
AGENDANASIONAL

MBI agih kit ujian kendiri, pek makanan buat mangsa banjir

SHAH ALAM, 22 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan 1,000 kotak kit ujian kendiri Covid-19 kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis semalam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu sebahagian yang diperuntuk MBI untuk mangsa banjir di negeri ini.

Selain itu, 500 pek susu formula dan lampin pakai buang turut diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Jawa pada 20 Disember.

Sehari sebelumnya, bantuan makanan kering, tuala wanita, susu formula dan lampin pakai buang turut diagihkan ke PPS sama bersama wakil rakyat Sungai Kandis Ahmad Zawawi Ahmad Mughni.

MBI juga mengagihkan ratusan kotak makanan kering kepada beberapa PPS lain antaranya Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra, Sepang dan Seksyen 16, Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut berhubung bantuan MBI, rujuk Twitter Ahmad Azri di @reformist101.

1,000 kit ujian kendiri Covid-19 yang diagihkan kepada DUN Sungai Kandis pada 21 Disember 2021. Foto Twitter Ahmad Azri

 

PPS Kampung Jawa menerima 500 pek susu formula dan lamping pakai buang pada 20 Disember 2021. Foto Twitter Ahmad Azri

 

PPS Kg Jawa. menerima bantuan makanan kering, tuala wanita, susu formula dan lampin pakai buang yang dikoordinasi bersama wakil rakyat Sungai Kandis Ahmad Zawawi Ahmad Mughni pada 19 Disember 2021. Foto Twitter Ahmad Azri

Pengarang :