Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (depan,tengah) bergambar bersama tok batin selepas penyerahan sijil penghargaan ketika majlis Perjumpaan Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 150 pemimpin Orang Asli terima bonus sehingga RM1,000 Oktober ini

SHAH ALAM, 8 JULAI: Seramai 150 pemimpin Orang Asli menerima bonus pada Oktober ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri, umum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Tok Batin menerima RM1,000 manakala pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) masing-masing menerima RM500 dan RM250.

“Bonus diberikan sebagai menghargai sumbangan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membantu dalam menjaga serta mengawal komuniti masyarakat Orang Asli.

“Mereka akan menerima bonus ini pada Oktober depan dan selewatnya-lewatnya November,” katanya pada Majlis Perjumpaan Pemimpin Orang Asli Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam yang turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian.

Tambah Amirudin, Kerajaan Negeri juga berusaha meningkat dan mengangkat taraf golongan itu dari segi peruntukan perkampungan mereka.

“Menerusi Belanjawan 2023, kita akan mencadangkan elaun Tok Batin ditambah RM600 menjadikan jumlah keseluruhan RM1,500 sesuai dengan gaji minima ditetapkan pentadbiran.

“Selain itu, kita juga bercadang memberikan peruntukan geran RM10,000 setiap tahun kepada kampung Orang Asli bagi tujuan aktiviti golongan tersebut,” katanya.


Pengarang :