Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud menyantuni sebahagian orang kelainan upaya (OKU) ketika Sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2021 semasa Pesta Buku Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wujud peluang kerja bantu OKU jana pendapatan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri terus membela nasib orang kelainan upaya (OKU) dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tumpuan tambahan diberikan kepada belia OKU semasa mereka beralih daripada pusat kebajikan kepada dunia luar

“Selangor mempunyai hampir 90,000 OKU berdaftar dan berpotensi untuk menjadi negeri lebih mesra OKU.

“RS-1 akan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada OKU,” katanya ketika membentang rancangan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sebelum ini, menerusi Belanjawan 2022, Amirudin mengumumkan bantuan kepada OKU membabitkan latihan kemahiran kepada anak istimewa berusia 18 tahun ke atas di Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) yang diwujudkan dengan kos RM1 juta.

Peruntukan RM3 juta turut diberi bagi melaksanakan inisiatif membantu anak istimewa di bawah Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS).

Antara usaha dilaksanakan adalah menubuhkan Akademi AnIS selain memberi bantuan kewangan untuk menjayakan program Didik AnIS.


Pengarang :