Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air Selangor: Bekalan air di 397 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 12 OGOS: Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di 397 kawasan terjejas di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat sudah pulih sepenuhnya pada jam 3 petang tadi.

Bekalan air di kawasan terbabit terjejas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dihenti tugas sementara susulan insiden pencemaran minyak di Sungai Semantan, Karak, Pahang berikutan kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong menuju ke Kuala Lumpur semalam.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 semalam telah pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang.

“Terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya di Facebook.

LRA Langat 2 dihenti tugas sementara sejak 4.30 pagi semalam menyebabkan gangguan bekalan air di 397 kawasan iaitu Petaling (3), Kuala Lumpur (172) dan Hulu Langat (222) mulai 10 pagi.

Ia mula beroperasi semula pada jam 3.30 petang semalam bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan dan air mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air berjaya distabilkan.


Pengarang :