Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna MBPJ, Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli ayam, beras murah di sembilan lokasi hari ini

SHAH ALAM, 14 SEPT: Program jualan barangan asas murah berlangsung di sembilan lokasi terpilih hari ini di seluruh negeri mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi Jelajah Ehsan Rakyat meliputi Dataran Pekan Bagan Terap, padang bola Apartment Palma, Flat 940 Pandan Indah, Jalan Technology 3/9 Kota Damansara dan Surau Jamiah Meru Tengah.

Jualan turut diadakan di Laman Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda Kapar, Masjid Nurul Ehsan Petaling Jaya, kawasan komersial Taman Medan dan tapak pasar malam Taman Dengkil Jaya.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu menumpukan jualan enam jenis barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.


Pengarang :