AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 3 pagi

SHAH ALAM, 7 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga jam 3 pagi ini.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :