DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat melancarkan Program Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara (MURNI). Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Tengku Permaisuri berkenan lancar unit bergerak bawa maklumat ke seluruh negara

SHAH ALAM, 30 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor  Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melancarkan Program Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara (MURNI).

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan program kendalian Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) itu diadakan ibu negara.

Pada majlis berkenaan, Baginda turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan kepada BCWA oleh beberapa persatuan dan korporat.

MURNI bertujuan membantu meningkatkan kesedaran barah kepada penghidap, keluarga dan masyarakat serta mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Ia turut menyediakan khidmat pemeriksaan payudara secara percuma.


Pengarang :