Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan bertanya khabar kepada penjawat awam ketika meninjau Pejabat Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 15 November 2022. Foto Facebook Dr Sathia Prakash Nadarajan
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Hulu Selangor azam tambah baik pejabat kerajaan uzur, bela kebajikan penjawat awam

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 15 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Selangor berhasrat menambah baik kemudahan di pejabat kerajaan yang semakin uzur di daerah itu.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata penjawat awam berhak mendapat tempat kerja yang selesa serta dilengkapi pelbagai kemudahan supaya dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat.

“Kebajikan penjawat awam perlu diberi keutamaan kerana mereka adalah orang tengah yang melaksanakan perkhidmatan ditawarkan kerajaan untuk rakyat.

“Kita turun padang untuk lihat sendiri apa yang mereka perlukan dan apa yang perlu ditambah baik atau sediakan kemudahan bahari di pejabat kerajaan,” katanya.

Kesempatan meninjau beberapa pejabat kerajaan di pekan Kuala Kubu Bahru hari ini, Dr Sathia mendapati kebanyakkan kemudahan kerajaan perlu diganti termasuk menambah baik bangunan lama bagi mengekalkan memelihara nilai sejarah.

Prihatin dengan kebajikan penjawat awam, beliau bertekad membawa usul meningkatkan gaji penjawat awam sekirannya menang dalam pilihan raya kali ini.


Pengarang :