AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, empat daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Hulu Langat hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda seluruh Kuala Lumpur dan Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :