Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Batu Tiga, Paya Jaras antara empat lokasi jualan murah pagi ini

HAH ALAM, 24 APRIL: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Pejabat MPKK Padang Jawa Daerah Klang (Batu Tiga) dan Kampung Tumbuk Darat (Tanjung Sepat).

Kawasan lain adalah kabin Tasik Taman Bersatu (Rawang) dan depan Sekolah Kampung Melayu Batu 13 Sungai Buloh (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :