Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Op Alkohol: Empat individu ditahan

SHAH ALAM, 23 OGOS: Polis menahan empat lelaki warga tempatan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar ditetapkan dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata empat lelaki berusia antara 29 hingga 42 tahun itu ditahan sepanjang operasi dijalankan selama dua hari bermula Jumaat lepas sehingga semalam sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi.

“Hasil tinjauan polis mendapati masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkhohol.

“Sepanjang operasi itu seramai 682 orang pengguna jalan raya dan 655 kenderaan diperiksa,” kata Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dalam kenyataan.

Dalam operasi sama polis turut mengenakan tindakan saman 88 individu atas pelbagai kesalahan jalan raya dan 24 orang daripadanya memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen.


Pengarang :