Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dua jangkitan tempatan direkod, kes Covid-19 di Selangor meningkat

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kes Covid-19 di Selangor mencecah kepada 2,177 kes selepas dua kes tempatan dilaporkan hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 berkata kedua-dua kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih 2 yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai kluster baharu.

“Dua kes ini melibatkan warganegara. Menurut KKM punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyahkuman dan nyahcemar telah dijalankan di DTI Semenyih 2,” katanya menerusi Facebook.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan 11 kes baharu dengan tujuh kes import menjadikan keseluruhan 9,385 kes.


Pengarang :