Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 28 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama berpendapatan RM2,500 ke bawah dipelawa memohon baucar beli-belah RM100 sempena perayaan Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata permohonan inisiatif Jom Shopping itu dibuka kepada warga tempatan beragama Islam serta pengundi kawasan berkenaan.

Katanya penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) dan Skim Mesra Usia Emas (Smue) tidak layak untuk memohon baucar ini.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi http://tiny.cc/AidilfitriBU2022 dan dokumen yang diperlukan boleh di emel ke [email protected] dengan tarikh akhir penghantaran pada 30 Mac ini.

Beliau berkata pemohon perlu mengemukan salinan kad pengenalan, salinan penyata pendapatan atau perakuan pendapatan.


Pengarang :