Stadium Majlis Perbandaran Selayang ditutup sementara mulai esok bagi kerja naik taraf kemudahan. Foto ARKIB SELANGORKINI
PBTSELANGORSUKANKINI

Stadium MPS ditutup sementara hingga 7 Disember, naik taraf lampu limpah

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengumumkan penutupan sementara Stadium MPS di Bandar Baru Selayang mulai esok hingga 7 Disember depan.

Yang Dipertuanya, Mohd Yazid Sairi berkata penutupan membabitkan semua operasi dan aktiviti itu bertujuan memberi laluan kepada kerja naik taraf lampu limpah stadium berkenaan.

“Penutupan sementara Stadium MPS adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf lampu limpah stadium,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, katanya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemudahan Awam di talian 03-61201153.


Pengarang :