Pekerja kontraktor KDEB Waste Management (KDEBWM) membersihkan sampah dalam longkang ketika program Pembersihan Mega di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 8 Januari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM anjur gotong-royong bersih kawasan, hapus tempat biak Aedes

SHAH ALAM, 9 OKT: Syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri KDEB Waste Management (KDEBWM) mengadakan program gotong-royong di Taman Sri Putra, Kuala Langat semalam.

Agensi itu berkata kerja pembersihan awam di lokasi berkenaan antara lain bertujuan menghapus tempat pembiakan Aedes.

“Seiring objektif program, KDEBWM menyediakan satu unit Amroll Roro dengan kekuatan enam petugas bagi melakukan pembersihan sampah-sarap di sekitar Taman Sri Putra,” katanya di Facebook hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin.

Sebelum ini, KDEBWM mempelawa orang ramai menghantar aduan longkang tersumbat menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-274 2824.

Talian ini diwujudkan bagi memastikan sistem saliran longkang yang baik dan persiapan menghadapi banjir pada November depan seperti diramal Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dalam pada itu, KDEBWM turut bersiap siaga dengan lebih 1,800 anggota bagi menghadapi kemungkinan banjir hujung tahun ini.


Pengarang :