Ketua Pemuda HARAPAN Gombak Husaini Yunos (tengah) mengetuai ikrar sumpah setia bersama lebih 40 ahli dihadapan calon HARAPAN Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari ketika program Gombak Bermaruah di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 3 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jentera HARAPAN ikrar gempur kerusi Gombak, tekad singkir pengkhianat

GOMBAK, 4 NOV: Jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) berikrar untuk mengempur Parlimen Gombak demi mengembalikan kerusi tersebut ke tangan gagasan berkenaan.

Tekad itu dilafazkan Ketua Pemuda HARAPAN Gombak Husaini Yunos yang mengetuai ikrar sumpah setia di hadapan calon Parlimen itu Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ikrar lebih 40 pemuda HARAPAN itu diakhiri dengan laungan keramat “Lawan tetap lawan, lawan sampai menang,” mengegarkan Dewan Sri Siantan di sini, malam tadi.

“Kami juga ikrar dengan sedaya upaya kami mengempur musuh dan pengkhianat dibumi Gombak

“Kami juga berjanji akan menyumbang segala tenaga kami untuk mengembalikan maruah Gombak yang telah dicemari dan dikhianati,” ikrar mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dihadapan lebih 700 penyokong dalam program Gombak Bermaruah di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 3 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu, Amirudin selaku Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri melancarkan jentera pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Gombak sempena himpunan program Gombak Bermaruah.

Dalam majlis sama, Dato’ Menteri Besar turut merasmikan kenderaan rasmi jenis Proton X70 yang digunakan sepanjang tempoh kempen di Parlimen Gombak.

Setakat ini, Amirudin bakal menentang penyandang kerusi dari Perikatan Nasional Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional) dan Aziz Jamaludin Tahir (Gerakan Tanah Air).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 19 November.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga calon HARAPAN Parlimen Gombak bersalaman bersama jentera gagasan itu ketika program Gombak Bermaruah di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 3 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :