Tangkap layar video di Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang memaparkan Eksekutif Penerangan dan Dakwah PWS Ibnu Hubain Abdul Aziz berdiri di pintu masuk Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8, Sungai Besar. Agensi itu menyumbangkan dana wakaf RM35,000 bagi menampung kerja baik pulih institusi berkenaan.
AGENSISELANGOR

Wakaf Selangor sumbang RM35,000, bantu baik pulih bangunan Kafa Integrasi di Sungai Besar

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM,6 JUN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyumbang dana wakaf sejumlah RM35,000 kepada Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8, Sungai Besar, di sini.

Eksekutif Penerangan dan Dakwah PWS Ibnu Hubain Abdul Aziz berkata sumbangan berkenaan bagi membaik pulih bangunan institusi itu demi manfaat guru dan pelajar.

“Dana wakaf ini adalah hasil kutipan tunai orang ramai yang disalurkan untuk mereka yang memerlukan.

“Orang ramai dialu-alukan untuk melaksanakan wakaf tunai melalui PWS demi meningkatkan ekonomi dan sosial umat Islam selain daripada dapat menyalurkan sumbangan wakaf kepada sekolah, surau dan masjid,” katanya melalui kiriman video di Facebook.

Ketua Guru Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8 Nurliaza Napiah

Sementara itu, Ketua Guru Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8 Nurliaza Napiah berkata pihaknya bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan dana wakaf berkenaan.

“Syukur alhamdulillah dengan bantuan dana wakaf yang diterima ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.

“Sudah pasti ia akan memberi keselesaan kepada warga seolah memandangkan keadaan bumbung sebelum ini sangat uzur. Diharap lebih ramai lagi menyalurkan sumbangan wakaf bagi mereka yang memerlukan,” katanya.

 


Pengarang :