Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Daftar skim air percuma negeri, terbuka pendapatan isi rumah bawah RM5,000

SHAH ALAM, 12 JAN: Warganegara yang menetap atau menyewa di Selangor dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000 dipelawa memohon skim air percuma 20 meter padu sebulan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) masih dibuka sehingga 31 Disember tahun ini.

“Nak tahu bagaimana anda boleh dapatkan bekalan air percuma ini? Mohon SADE hari ini. Layari www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ untuk info lanjut,” katanya di laman X.

Syarat permohonan lain ialah kediaman pemohon mesti jenis meter individu dan hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Pada Julai tahun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan pemberian air percuma masih dilaksanakan dan manfaat tersebut dinikmati hampir 4 juta pengguna.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, program meringankan beban rakyat yang berjalan hampir 10 tahun itu turut ditambah baik serta diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Bermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri mengubah syarat kelayakan air percuma 20 meter padu setiap bulan dengan menaikkan had maksimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 ke bawah.

 


Pengarang :