Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena program Rewang Sahur bersama pelajar Yayasan Selangor (YS) di Asrama YS, Klang pada 23 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sahur di asrama Yayasan Selangor, seru pelajar tuntut ilmu, jaga adab

KLANG, 23 MAC: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa bersahur bersama 268 pelajar Yayasan Selangor (YS) dan tenaga pengajar sempena Program Rewang Sahur di asrama yayasan itu di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YS turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar selain mengagihkan pek sahur kepada anggota polis, bomba dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Terdahulu beliau dalam ucapannya menyeru pelajar yayasan memanfaatkan peluang menerima pendidikan di institusi itu dengan memperoleh keputusan cemerlang.

“Rebut dan dapatkan pengalaman bersama rakan-rakan di asrama dan kelas kerana dalam hampir sejuta pelajar di Selangor anda sebahagian yang berpeluang mendapat pendidikan di Yayasan Selangor.

“Peluang ini harus direbut sebaik mungkin bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Namun ingat ia bukan sekadar keputusan di atas kertas kerana ia sebahagian sahaja dalam kehidupan.

“Pelajar perlu memahami kemanusiaan dengan menjaga adab dan tingkah laku dalam berinteraksi dengan guru dan orang sekeliling terutama dengan golongan lebih dewasa,” katanya pada Program Rewang Sahur bersama pelajar YS.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari makan sahur bersama pelajar Yayasan Selangor (YS) sempena Rewang Sahur di Asrama YS, Klang pada 23 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pelajar Yayasan Selangor (YS) sempena Rewang Sahur di Asrama YS, Klang pada 23 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan hari raya kepada pelajar Yayasan Selangor (YS) Amirah Batrisyia Amiruddin sempena Rewang Sahur di Asrama YS, Klang pada 23 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pek sahur kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sempena Rewang Sahur di Asrama Yayasan Selangor (YS), Klang pada 23 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :