EXCO Pelaburan Ng Sze Han (tengah) ketika melawat tapak pameran pada pelancaran lot perindustrian eksklusif projek taman perindustrian hijau (GRIP), Kota Puteri Crown City di DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City, Shah Alam pada 11 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Miliki ekosistem niaga kukuh, negeri catat RM39 bilion pelaburan domestik

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Selangor mencatatkan sejumlah RM39 bilion pelaburan langsung domestik (DDI) tahun lalu, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han berkata angka itu merangkumi hampir 70 peratus daripada nilai keseluruhan pelaburan berjumlah RM55.3 bilion yang dicatat sepanjang tempoh sama.

“Nisbah DDI besar berbanding FDI (pelaburan langsung asing). Ini membuktikan Selangor mempunyai ekosistem perniagaan yang kukuh serta sesuai untuk pelaburan berkembang,” katanya merasmikan Kelab CXO di sini semalam.

Sze Han berkata dengan situasi berkenaan, pelancaran kelab terbabit dilihat tepat dan mampu menempatkan usahawan pemula ke peringkat global.

“Ekonomi negara di landasan tepat. Ini memudahkan pelabur untuk menjana pendapatan lebih tinggi,” katanya.

Awal bulan ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mengumumkan pelaburan direkodkan Selangor tahun lalu sebanyak RM55.3 bilion, melebihi sasaran RM45 bilion yang ditetapkan.

Data agensi turut menunjukkan projek perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan daripada RM19.3 bilion pada tahun lalu berbanding RM12.2 bilion pada 2022.


Pengarang :