Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam mengarahkan pengunjung yang hadir untuk mengamalkan penjarakan fizikal semasa rondaan di sebuah pasar raya di Seksyen 14 Shah Alam pada 25 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKP Pemulihan fokus pematuhan SOP premis awam, pasar raya

SHAH ALAM, 9 JUN: Pelan baharu dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok hingga 31 Ogos depan memfokuskan pematuhan tatacara operasi piawaian (SOP) di premis awam dan pasar raya, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan jalan raya yang dibuat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menghalang pergerakan merentas negeri tidak lagi dilaksanakan.

Bagaimanapun, sekatan memantau kes jenayah lain dan Ops Benteng masih diteruskan.

“Hari ini adalah hari terakhir larangan rentas negeri kerana esok bermulalah kebenaran rentas negeri. Namun, untuk kes lain seperti Ops Benteng, memantau jenayah lain akan tetap dilakukan seperti biasa,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ahad lalu, Perdana Menteri, mengumumkan PKPB akan digantikan dengan PKPP yang membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.


Pengarang :