Seorang sukarelawan (kiri) membantu orang ramai yang hadir tanpa janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) mega Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 7 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19, kematian di Selangor turun 20 peratus

SHAH ALAM, 29 OGOS: Pola jangkitan harian dan kematian akibat Covid-19 di Selangor menunjukkan penurunan purata lebih 20 peratus antara 1 Jun hingga 28 Ogos.

Mengikut Github Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), purata kes harian ialah 5,169, turun 25 peratus berbanding purata tertinggi iaitu 7,492 sejak 1 Jun.

Kes kematian juga menunjukkan purata terkini 80.1 kes berbanding purata tertinggi iaitu 111.0 kes dalam tempoh sama, penurunan 28.4 peratus.

Kadar penggunaan katil hospital juga menunjukkan petanda positif iaitu bawah paras 80 peratus selama lima hari berturut-turut mulai 23 hingga 27 Ogos.

Penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pula kadarnya bawah paras 100 peratus selama tiga hari berturut-turut antara 25 hingga 27 Ogos.


Pengarang :