Jururawat Aina Syafiqa Azli memasukkan vaksin Covid-19 ke dalam picagari sebelum melakukan suntikan kepada penerima ketika tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Sime Darby Plantation, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

95.5 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 97.7 peratus atau 22,866,371 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,012,681 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,063,107 individu atau 65.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Dalam pada itu, sejumlah 20,370 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 291,409 dos.

– BERNAMA


Pengarang :