AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 14 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingg 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama juga dijangkan di beberapa negeri seperti Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap serta Perak (Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Manakala Terengganu di Dungun dan Kemaman, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Miri (Beluru dan Telang Usan) selain Sabah melibatkan Sandakan (Telupid dan Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :