Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menghadiri mesyuarat dua hala di Wisma Sri Pahang, Kuantan pada 27 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

HARAPAN, BN Pahang tubuh majlis rundingan, bincang isu rakyat

SHAH ALAM, 27 JAN: Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) Pahang menubuhkan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan malam tadi bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua gabungan tersebut.

Dalam kenyataan bersama pengerusi HARAPAN dan BN negeri, majlis itu bakal menjadi platform perbincangan dan rundingan dasar untuk menyelesaikan isu rakyat selain menjamin keutuhan dan kestabilan negeri sepanjang penggal ini.

“Kedua-dua parti bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja bersama supaya selari dengan kerajaan perpaduan peringkat persekutuan.

“Semangat musyawarah ini diharapkan dapat mengetepikan perbezaan politik dan memfokuskan segala usaha demi kebaikan rakyat Pahang,” menurut Dato’ Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu, BN memperoleh 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), HARAPAN (lapan) manakala Perikatan Nasional (17). Susulan itu BN dan HARAPAN setuju membentuk kerajaan negeri.


Pengarang :