Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Orang Ramai Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat pada 23 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan asas di Kota Anggerik, Rawang, Pandamaran pagi ini

SHAH ALAM, 25 OKT: Program jualan murah barangan asas seperti ayam, ikan dan beras kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi mulai 10 pagi ini.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) itu diadakan di Blok 1 Apartment Teratai, Taman Bukit Subang (Kota Anggerik), Apartment Palma (Rawang) dan Pejabat Daerah dan Tanah Klang (Pandamaran).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :